Latar Belakang Syarikat

Anjung Hikmah ditubuhkan pada tahun 23 November 2004, iaitu sebuah syarikat Sendirian Berhad. Pemilik ekuiti 100% bumiputera Anjung Hikmah ditunjangi oleh kumpulan pengurusan yang cukup berpengalaman dan agresif.

Sebagai sebuah syarikat yang membekal dan mengedar produk Homeopathy kami telah berdaftar dengan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia. Anjung Hikmah mempunyai pengalaman luas dalam perubatan Homeopathy selama lebih kurang 15 tahun.

Misi utama syarikat adalah untuk membina dan mengeluarkan produk yang dapat membantu pengguna meningkatkan tahap kesihatan dan kehidupan mereka.

Anjung Hikmah memiliki Sijil Akuan Pendaftaran Kontrak dalam bidang yang berkaitan. Pada masa yang sama kami telah memiliki kad pintar ePerolehan daripada Kementerian Kewangan.

Syarikat telah mengeluarkan dan memasarkan produk pertamanya iaitu sejenis produk pemakanan kesihatan yang bertenaga untuk pembinaan minda dikenali sebagai C-Pintrass.

C-Pintrass telah lama berada di pasaran, baik pasaran tempatan mahupun pasaran luar Negara. C-Pintrass mendapat tindak balas positif daripada pengguna dimana permintaan produk bertambah dari semasa ke semasa.

Kajian klinikal selama 5 tahun telah membuktikan produk mempunyai kesan yang positif kepada semua peringkat usia pengguna.

Anjung Hikmah telah mengikat kontrak dengan Polens (M) Sdn Bhd sebagai pengilang. Produk Anjung Hikmah dikilangkan di kilang yang bertaraf GMP ( Amalan Pengilangan Terbaik).

Kilang ini juga mendapat pengiktirafan ISO 9000-2001 (Kecekapan dan Kualiti Pengeluaran Bermutu Tinggi)
Kekuatan kapasiti kilang mampu menampung pengeluaran sehingga 50,000 hingga 100,000 botol sebulan yang dapat menampung stok pasaran bagi seluruh Malaysia dan antarabangsa.

Produk ini juga telah mendapat pengesahan HALAL daripada JAKIM. C-Pintrass telah disahkan tidak mengandungi bahan – bahan yang memberi kesan sampingan yang negatif kepada pengguna. Pengesahan ini dikeluarkan oleh ALS Technichem (M) Sdn Bhd .

Syarikat cuba untuk memasuki pasaran dengan produk yang berkualiti dan berkesan serta harga penjualan produk yang berpatutan.

Dengan harga yang kompetitif dan sasaran pasaran yang luas serta kuasa beli yang tinggi daripada pengguna dan pelanggan akan dapat meningkatkan lagi unit jualan produk yang sekaligus menjadi sumber kekuatan kepada kemajuan syarikat.

Kesimpulannya era zaman globalisasi dan kecanggihan teknologi maklumat, masa kini banyak cabaran pasti dilalui.

Sesebuah Negara yang membangun perlu dijana daripada ekonomi, politik serta masyarakat yang sihat dan cemerlang.

Demi membina kekuatan minda selain daripada pemakanan yang berkhasiat, pembelajaran yang sistematik nutrien kecergasan minda juga amat penting untuk membangunkan sesebuah masyarakat.

No posts.
No posts.